Thursday, October 7, 2010

Kursus Bahasa Arab 2011, Pengambilan bermula

Assalamualaikum WBT

Kursus Bahasa Arab sambil melancong ke Syria 2011 bermula kembali. Selepas penghantaran kali pertama dan kedua, pihak syarikat menerima panggilan yang bertalu-talu bertanyakan tentang penghantaran kali ketiga. Oleh itu, Gold Crescent Sdn. Bhd. membuka pendaftaran kepada pelajar atau peserta yang berminat untuk menyertai kursus bahasa Arab sambil melancong ke Syria 2011 pada musim panas ini.

Objektif untuk program ini ialah :

1. meningkatkan mutu pembelajaran bahasa arab dan pengajian kitab turath (tradisional)
2. mengetahui budaya kehidupan masyarakat arab secara lebih praktikal
3. menambahkan kelancaran pembacaan Al-Quran melalui talaqqi dengan guru yang bersanad

Bagi menjayakan objektif ini, pihak syarikat telah menawarkan kepada peserta

a) Kursus Pengajian Bahasa Arab
b) Kelas Pengajian Talaqqi (jadual akan diberikan)
c) Kelas Talaqqi Al-Quran (guru akan disediakan)

Kursus ini relevan untuk

1) Lepasan SPM, STPM dan STAM yang berminat untuk menyambung pengajian dalam pengajian Islam di dalam atau luar negara
2) sesiapa yang berminat untuk mendalami bahasa Al-Quran

Penghantaran akan bermula pada :

Bertolak : 10 Jun 2011
Pulang : 16 Oktober 2011 (3 bulan setengah)

Selepas disemak semula, pihak syarikat bersetuju menawarkan 2 pakej yg berbeza iaitu RM8,700 untuk pakej A dan RM7,170 bagi pakej B.

Harga Pakej ni meliputi
  • Tiket penerbangan pergi dan pulang
  • Urusan Pendaftaran dan yuran Kursus
  • Bayaran Sewa Rumah selesa sepanjang tempoh kursus
  • Pengurusan
  • Perbelanjaan bulanan

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi :

Zulhimi bin Abd.Rahman
(012-928 3560)
Ammar Hafiz bin Samsudin
(013-345 8770)

Pengurus Pemasaran
Gold Crescent Sdn. Bhd
NO 16, Jalan Dagang SB 4/1,
Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan
Tel : 03-8945 5998 / 8945 5990
Fax : 03-8941 7957

Pihak syarikat hanya menghantar seramai 20 orang peserta sahaja. peserta yang terawal diutamakan. tempat adalah terhad..Cepat sebelum terlambat

1 comment:

  1. Salam 'alaik.

    Menarik , tapi agak sedkit mahal:)
    Sebab ana pergi sana pun tak sampai 7k. 3 bulan juga. Apa-apa pun, teruskan usaha nak mudahkan orang mempelajari bahasa syurga.

    ReplyDelete