Monday, August 10, 2009

Syarikat Gold Crescent Sdn. Bhd.

Pengenalan

Menyedari betapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai nilai tambah dalam pembangunan Pendidikan, modal insan dan pembinaan jati diri, maka Syarikat Gold Crescent Sdn. Bhd. (Gold Crescent) ditubuhkan. Gold Crescent mula didaftarkan pada tahun 2008 oleh mereka yang berpengalaman dalam pengurusan pelajar, akademik dan perniagaan.

Gold Crescent menawarkan perkhidmatan menguruskan pelajar dalam pelbagai bidang untuk di hantar ke dalam dan luar negara. Gold Crescent juga membangunkan modul-modul latihan berkaitan keagamaan, kemahiran dan peningkatan jati diri.

Setakat ini, Gold Crescent telah menjalinkan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menerusi anak syarikat Crescent Training & Trading bagi menyediakan pelajar dalam pelbagai kursus untuk semua jabatan khususnya di Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim.

Gold Crescent juga bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak samada Jabatan Kerajaan, Universiti, Syarikat dan juga individu untuk menyedia dan menguruskan kemasukan pelajar dalam dan luar negara dalam pelbagai bidang.

Visi

Ke arah menjadi pengusaha perkhidmatan islamik untuk pembangunan pendidikan, modal insan dan pembinaan jati diri yang berkesan melalui pendekatan yang profesional, dinamik dan kreatif.

Misi

Memberi perkhidmatan yang terbaik dalam pembangunan pendidikan, modal insan dan peningkatan jatidiri bagi memastikan pening

Objektif

  • Mencari dan menyediakan peluang untuk meningkatkan pembangunan pendidikan kepada pelajar untuk di hantar ke dalam dan luar negara.
  • Meningkatkan pembinaan modul-modul terkini ke arah pembinaan jati diri dan modul Insan mengikut kehendak Islam dan pasaran semasa.
  • Mengekalkan perkhidmatan yang ditawarkan mengikuti piawaian antarabangsa.
  • Bertolak ansur bersama pelanggan terhadap setiap perkhidmatan dan pakej yang ditawarkan
  • Meningkatkan kualiti yang berterusan dalam bidang sumber manusia dan pengurusan.

No comments:

Post a Comment