Thursday, October 7, 2010

Sekitar Penghantaran Rombongan kali pertama

Ni antara secebis kenangan sekitar penghantaran peserta Kursus Bahasa Arab kali Pertama hari tu. Kebanyakan Peserta yang telah tamat Kursus Bahasa Arab ini telah menyambung pengajian ke Bumi Jordan dalam Bidang Pengajian Islam. Alhamdulillah


Suasana sebelum bertolak di KLIA. Penuh syahdu dan sarat pesanan daripada ibu-bapa masing-masing. (tu baru nak pergi berkursus 3 bulan je. erm)

Baru sampai di lapangan terbang Kuwait, Semua peserta tengah moyok keletihan menanti bila lagi nak sampai Syria ni (tu yang terambil gambar kapal terbang tu)

Selepas 8 jam perjalanan, akhirnya kami sampai di bumi Syria (suasana di Lapangan Terbang Syria, sempat lagi berebut troli dengan pak Arab..macam-macam)

Hari Pertama sampai, terus berjalan-jalan di sekitar Suq Hamidi (tempat membeli-belah), walaupun musim sejuk, tapi masing-masing bersemangat pulak makan aiskrim.

Suasanan Peperiksaan di Kuliah Dakwah, agak serius dan sepi

Antara kedai-kedai buku yang terdapat di Halabuni (tempat kedai buku) , Syria

Suasana di rumah peserta bersama kawan-kawan serumah. ceria-ceria jugak, periksa jangan main-main. (buat-buat serius sikit)

Aik. Baru 2 hari sampai dah letih ke...(teringat Malaysia kot)

Ni antara cara talaqqi Al-Quran secara bersanad yang diamalkan di Syria (Peserta dikehendaki membaca secara berdepan seorang demi seorang, suara mesti nyaring sampai semua dengar)

Pertemuan bersama Prof. Wahbah Az-Zuhaili bertanyakan 2-3 permasalahan

Bergambar sebelum bertolak ke Bludan, Syria (tempat main salji). Wah, macam-macam gaya terpapar. suka sangat katakan.

Dengan penuh sejuk sambil bergaya..saudara, tangan tu tak beku ke..

Sempat lagi menjamu nasi lemak sambil main salji (mana lebih putih, nasi atau salji..???)

Selepas 2 minggu bersama peserta, tiba masanya pulang ke Malaysia (aik, nampak macam peserta suka je tengok ketua rombongan pulang.erm..)

Sayonara Syria. jumpa lagi 2011 nanti..(mak cik belakang tu tenung apa agaknya, hehehe)

Berminat untuk menyertai kami pada 2011 nanti, sila hubungi

Zulhimi bin Abd.Rahman
(012-9283560)

Kursus Bahasa Arab 2011, Pengambilan bermula

Assalamualaikum WBT

Kursus Bahasa Arab sambil melancong ke Syria 2011 bermula kembali. Selepas penghantaran kali pertama dan kedua, pihak syarikat menerima panggilan yang bertalu-talu bertanyakan tentang penghantaran kali ketiga. Oleh itu, Gold Crescent Sdn. Bhd. membuka pendaftaran kepada pelajar atau peserta yang berminat untuk menyertai kursus bahasa Arab sambil melancong ke Syria 2011 pada musim panas ini.

Objektif untuk program ini ialah :

1. meningkatkan mutu pembelajaran bahasa arab dan pengajian kitab turath (tradisional)
2. mengetahui budaya kehidupan masyarakat arab secara lebih praktikal
3. menambahkan kelancaran pembacaan Al-Quran melalui talaqqi dengan guru yang bersanad

Bagi menjayakan objektif ini, pihak syarikat telah menawarkan kepada peserta

a) Kursus Pengajian Bahasa Arab
b) Kelas Pengajian Talaqqi (jadual akan diberikan)
c) Kelas Talaqqi Al-Quran (guru akan disediakan)

Kursus ini relevan untuk

1) Lepasan SPM, STPM dan STAM yang berminat untuk menyambung pengajian dalam pengajian Islam di dalam atau luar negara
2) sesiapa yang berminat untuk mendalami bahasa Al-Quran

Penghantaran akan bermula pada :

Bertolak : 10 Jun 2011
Pulang : 16 Oktober 2011 (3 bulan setengah)

Selepas disemak semula, pihak syarikat bersetuju menawarkan 2 pakej yg berbeza iaitu RM8,700 untuk pakej A dan RM7,170 bagi pakej B.

Harga Pakej ni meliputi
  • Tiket penerbangan pergi dan pulang
  • Urusan Pendaftaran dan yuran Kursus
  • Bayaran Sewa Rumah selesa sepanjang tempoh kursus
  • Pengurusan
  • Perbelanjaan bulanan

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi :

Zulhimi bin Abd.Rahman
(012-928 3560)
Ammar Hafiz bin Samsudin
(013-345 8770)

Pengurus Pemasaran
Gold Crescent Sdn. Bhd
NO 16, Jalan Dagang SB 4/1,
Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan
Tel : 03-8945 5998 / 8945 5990
Fax : 03-8941 7957

Pihak syarikat hanya menghantar seramai 20 orang peserta sahaja. peserta yang terawal diutamakan. tempat adalah terhad..Cepat sebelum terlambat

Tuesday, June 22, 2010

Makluman Sementara

Assalamualaikum WBT

Pihak Pengurusan memohon berbanyak kemaafan kerana tidak mengupdatekan beberapa maklumat terkini berkenaan penghantaran kedua peserta kursus Bahasa Arab di Syria.

Pihak pengurusan dalam proses untuk review balik terhadap keberkesanan group yang pertama supaya segala kelemahan dan kekurangan dapat dielakkan untuk penghantaran kedua.

InsyaAllah, dalam masa terdekat ini, pihak pengurusan akan memaklumkan tarikh penghantaran kedua bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus bahasa arab ini

sekian

Zulhimi bin Abd.Rahman
Pengurus Pemasaran
Gold Crescent Sdn. Bhd
012-9283560

Wednesday, October 7, 2009

Borang Pendaftaran... (bagi sesiapa yang berminat)

Borang Pendaftaran Kursus Bahasa Arab

Borang ini boleh di downloadkan dan dihantar ke :

Gold Crescent Sdn. Bhd,
No 16, Jalan Dagang SB 4/1
Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan
Selangor
Tel : 03-8945 5998 / 03-8945 5990
Fax : 03- 8941 7957

atau bagi sesiapa yang tidak dapat mendownload atau membuka dengan program adobe reader. bolehlah hubungi kami dan kami bersedia untuk menghantar borang tersebut.

Segala maklumat tambahan yang diperlukan akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

Untuk Maklumat semua....Tarikh Tutup Penyertaan pada 15 November 2009. harap kepada sesiapa yang berminat dapat menghubungi kami di no. HP 012-9283560 (Zulhimi bin Abd. Rahman) sebelum tarikh tutup tersebut.

terima kasih..

Cepat sebelum terlambat..tempat adalah terhad

Monday, August 17, 2009

Gambar Pusat Pengajian

Berminat dan ingin Bertanya .?

Untuk Maklumat Lanjut, sila hubungi:

Zulhimi bin Abd. Rahman
(012-9283560)
(B.A Hons Kuliyyah Dakwah Syria)

Pengurus Pemasaran
Gold Crescent Sdn. Bhd.
(846810-M)
No 16, Jalan Dagang SB 4/1
Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan
Selangor. Malaysia
Tel : 03-894 5998
Fax : 03-894 1795
email : goldcrescent1430@gmail.com







Program ini dengan kerjasama

El-Raudhah Syria (NS0032460A)
P.O. Box 12879
Damascus, Syria
Tel : +963933276359 (Firdaus Hamdan)



Pamplet Kursus



Klik untuk Besarkan